Wednesday, 26 September 2018

Penjawat Awam Perlu Tingkat Prestasi Kerja

SHARE
Dato' A. Rahman ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan Wisma Darul Iman (WDI) di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail 
KUALA TERENGGANU - Penjawat awam di negeri ini diseru meningkatkan prestasi kerja supaya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya berkata, langkah itu perlu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberikan keyakinan dan kemudahan kepada semua rakyat.

“Marilah kita bersama-sama berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi kerja supaya matlamat kita untuk memberikan penyampaian sempurna kepada rakyat tercapai.

“Sebagai penjawat awam, kita hendaklah bekerja dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa mencari idea-idea baru untuk meningkatkan lagi prestasi kerja,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu (26 September).

Katanya, penjawat awam juga perlu bekerja sebagai satu pasukan untuk menjadikan sesuatu tugasan itu lebih mudah dilaksanakan.

Kita memerlukan antara satu sama lain dalam menjalankan tugasan, tanpa kerjasama kita tidak dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya,” ujarnya.

Beliau turut mengharapkan semua penjawat awam di negeri ini bersatu padu untuk meningkatkan lagi prestasi kerja dimasa-masa akan datang serta menukarkan halangan-halangan yang ada dalam diri masing-masing.

“Sebagai  penjawat awam, kita hendaklah bersikap dinamik, sentiasa berubah untuk kebaikan jabatan dan juga perkhidmatan awam supaya akhirnya rakyat yang akan menerima manfaatnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Terengganu yang telah menjadi juara keseluruhan di kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung di Perak baru-baru ini.

“Tahniah dan syabas kepada pasukan Terengganu yang telah menjadi juara SUKMA kali ini. Saya mengharapkan kecemerlangan ini hendaklah diteruskan dan dipraktikkan juga dalam perkhidmatan kita sebagai penjawat awam,” ujarnya.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: