Saturday, 22 September 2018

Peniaga Air Tebu Hilang Tempat Berteduh - Ghazali Sulaiman

SHARE
Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN- Seorang peniaga air tebu hilang tempat berteduh selepas rumah sewanya hangus terbakar di Taman Madani, Almuktafi Billah Shah, di sini, semalam.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ghazali Sulaiman berkata, kebakaran itu memusnahkan keseluruhan rumah serta semua kelengkapan penting.

"Kejadian berlaku pada 11.30 pagi menyebabkan mangsa, Mohd Nasri Taat, yang menyewa rumah kehilangan tempat tinggal dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan,"katanya.


Beliau berkata demikian ketika dihubungi semalam.

Menurut Ghazali, mangsa mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah.

"Saya mendoakan agar mangsa tabah dan diberi kekuatan berdepan ujian ini.

"Saya juga berharap agar ada yang sudi menghulurkan bantuan supaya bebanan y
mangsa dapat diringankan," ucapnya.


Ghazali turut berterima kasih kepada anggota penyelamat yang cepat bertindak bagi memastikan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: