Oleh:
Abdul Hafiz Ghazali
KEMAMAN-
Penduduk di sekitar daerah ini diingatkan agar sentiasa mengambil berat tentang
aspek kebersihan kampung masing-masing bagi menjamin persekitaran bebas pembiakan
nyamuk aedes.
Pengerusi
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jalan Dato’, Razeman
Abdul Aziz berkata, kerajaan amat mengambil berat dan memandang kesihatan
sebagai aspek penting dalam kehidupan sesebuah masyarakat.
"Saya
mengharapkan program seumpama ini diteruskan pada masa akan datang. Marilah kita
bersama-sama menjaga pesekitaran kampung dan kawasan rumah ke arah menuju gaya
hidup tanpa denggi,” ujarnya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Program Gotong-Royong Anti
Aedes yang telah disempurnakan Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Cukai, Osmarizal Omar yang mewakili Haji Hanafiah Mat di Jalan Dato’(25
September).
Program
gotong-royong anjuran MPKK Jalan Dato' itu turut mendapat kerjasama Pejabat
Kesihatan Daerah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman dan Polis Diraja Malaysia
(Kemaman).
Menurut
beliau, melalui aktiviti gotong-royong sebegitu dapat membuktikan bahawa usaha
yang kecil sebenarnya boleh membawa perubahan besar dalam membantu membasmi
dan mengurangkan kes denggi.
Katanya,
antara kawasan yang menjadi tumpuan untuk tujuan pembersihan ketika
gotong-royong itu termasuklah kawasan pembuatan sampah dan longkang yang
tersumbat di sekitar Jalan Dato’.
0 komen: