Thursday, 20 September 2018

Penambahbaikkan DN Selangor Contoh Terbaik

SHARE
Ng Suee Lim (kanan) menyampaikan taklimat berhubung dengan DN Selangor kepada Haji Yahaya. -Syaiful Mustafa.

SHAH ALAM - Dewan Negeri (DN) Selangor,  membuat banyak pembaharuan termasuk menubuhkan Jawatankuasa Pembasmi Kemiskinan,  Pendengaran Awam dalam kes-kes tertentu,  penyelesaian masalah air dan lain-lain bagi mempastikan fungsinya ditambah baik. 

Speaker DN itu,  Ng Suee Lim berkata penambahbaikkan itu dibuat bermula tahun 2008 selepas kerajaan Selangor bertukar tangan dari Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat (PR).

Haji Yahaya (kiri) menerima cenderamata dari Ng Suee Lim.

Katanya,  penambahbaikkan DN itu diperuntukkan di bawah kuasa Speaker dan diluluskan dalam persidangan DN berkenaan. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu,  Haji Yahaya Ali,  Setiausaha DUN,  Encik Zulkifli Isa dan kakitangan pejabat DUN Terengganu di pejabat DN Selangor 20 September. 

Turut serta dalam lawatan sambil kerja itu,  Isteri YDP DUN Terengganu, Hajjah Zaroni Othman. 

Dalam majlis yang sama,  Haji Yahaya menjelaskan DUN Terengganu telah menubuhkan satu jawatankuasa penyelidik untuk penambahbaikkan DUN tersebut dianggotai beberapa orang pakar perundangan.

Haji Yahaya berkata,  lawatan ke DN Selangor adalah siri lawatan kerja untuk mengambil manfaat dari sistem penambahbaikkan DN Selangor. 

Bulan lalu,  Haji Yahaya telah mengetuai satu siri lawatan kerja ke DUN Kelantan bagi tujuan tersebut.

SHARE

Penulis: verified_user


0 komen: