Monday, 10 September 2018

Misi Bantuan Lombok Pulau Seribu Masjid

SHARE
Dr Riduan Mohd Nor.
Oleh: Jusmawari Jusoh
NUSA TENGGARA BARAT - Pulau Lombok yang mendapat jolokan Pulau Seribu Pulau kerana mempunyai lebih 9,000 masjid besar dan kecil sekali lagi dikunjungi rombongan Misi Kemanusiaan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Muslim Care Malaysia.

Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor berkata, pulau ini menjadi sasaran destinasi pelancongan dan kesan daripada gempa bumi yang berlaku baru-baru ini menyebabkan kemerosotan kehadiran pelancong ke sini.

"Saya cukup berterima kasih kepada penyumbang yang membantu mangsa bencana gempa bumi di Lombok.

"Antaranya sebanyak 545 helai telekung disumbangkan untuk diagihkan kepada mangsa disana," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, semalam (9 September).

Seramai 19 orang anggota yang terdiri daripada doktor perubatan dan paramedik menyertai misi tersebut bermula 9 hingga 12 september ini.


NGO Muslim Care turut merasmikan masjid dan mengadakan sembelihan lembu dan kambing aqiqah untuk penduduk Kacamatan, Indonesia.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: