Wednesday, 12 September 2018

MB Terima Kunjungan Hormat TSG

SHARE
Ahmad Farhan menyerahkan jersi kuning kemenangan Le Tour De Langkawi 2018 kepada Dr Ahmad Samsuri semasa kunjungan hormat TSG di Pejabat Menteri Besar, hari ini. Foto Oleh: Abu Ubaidah Mohd Noor

 Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini menerima kunjungan hormat pasukan berbasikal profesional, Terengganu Cycling Team (TSG) di pejabatnya di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Rombongan yang diketuai Ahmad Farhan Abdul Wahab selaku Ketua Pengarah Eksekutif TSG itu mengadakan perjumpaan kira-kira sejam dengan Menteri Besar.

Turut menyertai perjumpaan itu pihak pengurusan TSG dan juga para pelumba.

Dalam pertemuan itu, pelbagai perkara dibincangkan termasuk perancangan, hala tuju serta keazaman TSG untuk berada pada tahap tertinggi dalam dunia berbasikal.


Pada perjumpaan itu juga, Dr Ahmad Samsuri turut menerima jersi kuning kemenangan Le Tour De Langkawi 2018 dan lebih membanggakan, TSG melakar sejarah negara menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang menawan jersi kuning selaku juara keseluruhan dalam masa 22 tahun.

Malah, pasukan TSG bukan sahaja bertindak sebagai duta pelacongan tetapi turut membawa nama Terengganu dalam setiap kejohanan disertai khususnya di peringkat antarabangsa.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: