Saturday, 1 September 2018

Masjid Bukit Payung Sahut Seruan Quran Hour

SHARE
Sebahagian peserta Quran Hour.
MARANG - Lebih 100 peserta terdiri daripada jemaah masjid, kakitangan awam dan guru-guru Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) Marang menghadiri program Quran Hour yang berlangsung di Masjid Bukit Payung, kelmarin (29 Ogos).

Imam Masjid Bukit Payung, Abdul Hab Ngah, 49, berkata program Quran Hour diadakan bagi meluaskan pendekatan pengajian Al-Quran kepada masyarakat.

"Melalui program ini kita dapat mempromosikan kepelbagaian medium untuk memahami Al-Quran selain mengeratkan hubungan silaturahim sesama jemaah.
Pengurusan masjid, dari kiri: Mohd Sofhi, Imam 3 Ahmad Yahya dan Abdul Hab.

"Kempen Quran Hour sempena kemerdekaan ini juga menjadi satu kelainan dalam menyampaikan rasa cinta kepada negara," katanya.

Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu dimulakan dengan bacaan surah Al-Naml secara beramai-ramai.

Guru pengajian Al-Tibyan masjid, Mohd Sofhi Zainuddin, 34, kemudiannya menyampaikan tazkirah berkenaan surah tersebut pada sesi terakhir program.
Quran Hour bawa kelainan dalam pengajian Al-Quran.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: