Saturday, 1 September 2018

Mahasiswa Manfaatkan Teknologi Maklumat Untuk Berdakwah

SHARE

Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT-  "Berikan sesuatu benda yang dapat membahagiakan kedua-dua ibu dan bapa," kata Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Menurutnya, mahasiswa perlu memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat yang ada masa kini dengan menerokai laman ilmu yang berkaitan kehidupan sebagai pendakwah.

"Usrah perlu dicari dan diusahakan bagi membentuk kelompok usrah. Tujuan usrah bagi membentuk kehidupan beragama.

"Statistik rekod cacatan dari gerakan mahasiswa Islam mendapati kes juvana yang melibatkan pelajar IPT (istitusi pengajian tinggi) semakin bertambah,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perjumpaan Bakal Mahasiswa DUN Jerteh, di Dewan Terbuka Gong Kemutong, di sini, semalam.

Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS), Ismail Abdul Rahman.

Majlis ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada bakal mahasiswa supaya menjalani kehidupan beragama.

Selain itu, Wan Azhar juga mahu supaya mahasiswa perlu berilmu agar komunikasi dan pertuturan sentiasa jelas serta dapat membimbing masyarakat Islam yang lain.


Selain itu, Pihak Pejabat Penyelaras DUN Jerteh akan sentiasa berhubung dengan mahasiswa ketika berada di pusat pengajian tinggi agar tidak dipengaruhi anasir tidak baik serta golongan yang tidak bertanggungjawab.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: