Tuesday, 4 September 2018

Lebih 25 Buah Rumah Rosak Dilanda Ribut

SHARE


Oleh: Solahuddin Al-Idrus

KUALA TERENGGANU – Lebih 25 buah rumah di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar rosak akibat dilanda ribut yang berlaku kira-kira pukul 4 petang semalam.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Ahmad Shah Mohamed berkata, bantuan dan tindakan segera akan diambil untuk membantu meringankan beban penduduk yang terlibat dengan bencana itu.


“Kita sempat meninjau beberapa rumah yang terlibat dengan ribut kencang yang berlaku sekitar pukul 4 petang semalam dan kita dapati rumah-rumah yang terlibat ini lebih 25 buah dan setiap rumah tidak kurang daripada lima keping atap rumah yang pecah dan rosak.

“InsyaAllah kita akan bagi khidmat yang terbaik untuk rakyat khususnya di DUN Bandar ini dan hari ini ada petugas  dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK yang akan melaksanakan tanggungjawab mereka bagi memastikan rumah yang ditimpa bencana dapat dibaik pulih dengan segera,” ujarnya kepada pemberita, hari ini.

Menurut beliau, antara kampung yang terkesan teruk di DUN Bandar ialah Kampung Losong, Tanjung dan Kampung Hiliran Masjid .

“Kampung lain yang terlibat antaranya Kampung Tok Ku Cabang Tiga, dan Kampung Tok Kaya,” ujarnya.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: