Saturday, 22 September 2018

Langkah Penyelidikan Untuk Industri Silika - Dr Samsuri

SHARE
Lawatan kerja dedah pelbagai maklumat menarik.
IPOH - Terengganu melengkapkan langkah menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak bagi mencorak pembangunan industri dalam negeri.

Menteri besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar melakukan lawatan kerja ke Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, di sini semalam.

Beliau yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya menyatakan pelbagai input menarik terutama perkembangan berkaitan industri silika yang menjadi agenda pelaburan berimpak tinggi negeri diperolehi dalam lawatan itu.

"Lawatan ini membuka mata untuk Terengganu memandang ke depan dalam bidang industri yang akan mendatangkan hasil kepada kerajaan negeri.

"Selain itu, pembentukan industri berimpak tinggi akan  turut menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu sekaligus meningkatkan pendapatan rakyat.

"Ini adalah permulaan dan kita akan bergerak lebih pantas selepas ini," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Md Muzayin Alimon berbesar hati di atas kunjungan tersebut.

"Kami sentiasa bersedia untuk berkerjasama bagi menghubungkan kemajuan industri dengan kerajaan bagi perkembangan industri dalam negeri.

"Tanggungjawab kami adalah menjalankan penyelidikan teknologi dan kita memindahkan teknologi bagi kemajuan industri negeri.

"Kami juga bersedia jika Kerajaan Negeri Terengganu ingin membangunkan tenaga mahir daripada anak negeri, kami akan bantu dengan kepakaran yang kami ada," katanya.

Dalam lawatan tersebut, Menteri Besar didedahkan dengan info kemajuan industri silika dan mencuba sendiri kemahiran menghasilkan produk daripada silika.


Menteri besar mencuba sendiri menghasilkan produk.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: