Saturday, 22 September 2018

Kunjungan Bersejarah Ke DN Perak- Ngeh Koo Ham

SHARE

Haji Yahaya (duduk ) menandatangani buku pelawat DN Perak, disaksikan oleh Dato' Ngeh Koo Ham (kanan). - Foto Syaiful Mustafa 

IPOH - Lawatan Kerja Yang Dipertua (YDP) Dewan Undangan Negeri (DUN)  Terengganu,  Haji Yahaya Ali ke Dewan Negeri (DN) Perak dan Selangor menghasilkan perbincangan yang baik untuk penambahbaikkan pengurusan DUN.

Haji Yahaya berkata,  ada perkara-perkara DUN Terengganu boleh belajar daripada DN Perak dan begitu sebaliknya. 

Haji Yahaya (kanan) bersama Dato' Ngeh Koo Ham dalam Sidang Media di Bangunan SUK Perak.

"Sebahagian isu-isu yang penting dibincangkan, berkait soal penambahbaikkan fungsi dan peranan DUN yang menjadi tujuan asal lawatan ini, " katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan sempena selesainya,  lawatan kerja beliau ke DN Perak dan Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Perak, 21 September. 

Turut hadir dalam sidang tersebut, Speaker DN Perak, Dato' Ngeh Koo Ham. 

Haji Yahaya (kanan)  bersalaman dengan Ng Suee Lim di DN Selangor.


Pada 20 September lalu,  Haji Yahaya dan rombongannya, membuat kunjungan hormat dan mendengar taklimat dari Speaker DN Selangor, Ng Suee Lim, di Shah Alam. 

Seterusnya Haji Yahaya berkata,  rombongan mendengar taklimat berkait keistimewaan yang diperolehi Ketua Pembangkang Perak dan Selangor serta memperkasa jawatankuasa pilihan 'select committee' bagi memantau perjalanan badan eksekutif kerajaan masing-masing. 

"Ini semua merupakan perkara-perkara yang bagi DUN Terengganu dalam proses penambahbaikkan, " jelasnya. 

Sementara itu,  Dato' Ngeh Koo Ham menyifatkan kunjungan rombongan Haji Yahaya sebagai kunjungan bersejarah dan berterima kasih kepada beliau kerana membuat kunjungan hormat tersebut.

Dalam kenyataan balas Haji Yahaya berkata,  perbezaan politik kerajaan negeri masing-masing, tidak menghalang beliau mengadakan kunjungan hormat ke DN Selangor dan Perak bagi tujuan tersebut.

Dalam Pilihan raya Umum ke 14 (PRU14) yang lalu, Negeri Selangor dan Perak dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) manakala Terengganu dimenangi oleh PAS.

SHARE

Penulis: verified_user


0 komen: