Saturday, 1 September 2018

Ketua BPJKK Baharu, Muhamad Sukeri

SHARE
Muhamad Sukeri Hassan menerima watikah pelantikan sebagai Ketua BPJKK IPD Kemaman.
KEMAMAN - Bekas Ketua Cawangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Asisten Suprintendan (ASP) Muhamad Sukeri Hassan dilantik sebagai Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman yang baharu.

Muhamad Sukeri, 34, menggantikan bekas Ketua BPJKK IPD Kemaman iaitu ASP Amran Mat yang bertukar ke IPD Pasir Puteh sebagai Ketua Bahagian Pengurusannya merangkap Timbalan Ketua Polis Daerah itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Suprintendan Mohd Said Ibrahim berkata, beliau berharap  Muhamad Sukeri dapat memberi komitmen dan membawa pembaharuan dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.

“Pada masa sama Muhamad Sukeri juga perlu memastikan masyarakat dapat didekati dengan lebih efektif lagi.

"Kreativiti sangat penting untuk polis mendekati masyarakat seterusnya fokus yang perlu ditekankan adalah cara untuk menangani jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas antara Amran dan Muhamad Sukeri di Rumah IPD Kemaman semalam.

Sementara itu, Muhamad Sukeri berkata, kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada beliau akan digalas sepenuh hatinya.

“Pengalaman dikutipnya sepanjang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) akan digunakan untuk memberi khidmat terbaik di BPJKK pula.

"Langkah pertama saya perlu sesuaikan diri dengan komuniti di sini dan akan teruskan usaha merapatkan lagi hubungan antara masyarakat dan polis," katanya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: