Pengerusi
Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, YB Ariffin
Deraman memberitahu keselamatan pelancong ke pulau-pulau peranginan di Terengganu semasa
musim tengkujuh adalah agenda utama kerajaan negeri dalam persediaan menghadapi
kebarangkalian cuaca dan keadaan laut yang tidak menentu ketika musim tengkujuh.
Katanya, apa yang
diwar-warkan melalui media yang menyatakan
jangkaan penutupan resort-resort adalah sebagai langkah persediaan menghadapi
musim tengkujuh.
“Bagaimanapun kepada
bot-bot untuk keluar ke laut ianya bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan
penilaian agensi penguatkuasa berkaitan untuk memberi pelepasan,” katanya dalam
satu kenyataan media.
Menurutnya, kerajaan
negeri prihatin tentang keselamatan
pelancong supaya pengusaha -pengusaha
pelancongan di pulau – pulau ini sentiasa peka dan memberi perhatian terhadap
keadaan serta situasi semasa.
“Selain perlu peka
kepada laporan serta arahan daripada agensi – agensi yang berkaitan seperti
Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Meteorologi Malaysia.” katanya
0 komen: