Wednesday, 19 September 2018

Kerajaan Terengganu Laksana Janji Manifesto Bantu Sekolah Pondok Dan Agama Rakyat

SHARE

Kerajaan Terengganu akan membantu kewangan dan Infrastruktur pusat-pusat pengajian rakyat - Ustaz Mohd Nor Hamzah - Foto - Solahuddin Al Idrus

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu melaksanakan janji Manifesto PAS untuk membantu pondok dan Sekolah Agama Rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ianya adalah  suatu usaha yang bagus dan dialu-alukan oleh pihak kerajaan.

Tambahnya, kerajaan sendiri juga mencadang dan telah pun meletakkan satu  perjanjian untuk membantu sekolah agama rakyat.

"Rabitah ialah sebuah NGO yang menggabungkan seluruh institusi  pengajian agama Terengganu ini.

"yang terpisah langsung daripada kerajaan  dengan gabungan mereka sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena kunjungan Rabitah Institusi Pendidikan Rakyat Terengganu di Tingkat 18 Wisma Darul Iman semalam, Selasa, 18 September.

Jelasnya, Rabitah menjadi penghubung penghubung kepada kerajaan sebagai penyampai suara
rakyat daripada komuniti pondok kepada pihak kerajaan.

Namun begitu kata beliau, tidak semua pondok yang bergabung
dengan Rabitah ini kerana sebahagiannya tidak mahu terikat dengan kokurikulum kerajaan.

Beliau menambah, Rabitah ini sebagai pemudahcara untuk mendaftar di bawah pejabat agama.

"Di waktu yang sama pejabat agama dapat mengawal selia dan memantau institusi terbabit.

"Jadi insya Allah saya akan berusaha untuk bincang  dengan Exco pendidikan dan Menteri Besar untuk menjadikan Rabitah sebagi platform orang tengah kepada kerajaan dan pondok," jelas beliau.

Justeru itu, beliau menjamin akan membantu kewangan dan pembangunan infrastruktur pusat-pusat pengajian itu.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: