Wednesday, 26 September 2018

Kerajaan Pertahan Juara SUKMA

SHARE
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah (kiri) memberi sumbangan kepada peserta program. Foto: Solahuddin Al-Idrus
HULU TERENGGANU - Kerajaan negeri akan memperkemaskan pelan tindakan bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan persatuan-persatuan sukan Negeri Terengganu bagi  mempertahankan kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 di Johor, dua tahun lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Belia dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, bermula dari sekarang kerajaan akan mencari jalan dan akan berbincang dengan semua pihak terutama MSNT bagaimana pelan tersebut akan dilaksanakan.

Katanya, kerajaan berhasrat untuk mempertingkatkan lagi prestasi atlet Terengganu melebihi kejayaan SUKMA 2018.

"Perancangan serta cadangan daripada semua persatuan dan lain-lain diperlukan bagi mengekalkan persembahan ataupun kelebihan yang ada pada atlet-atlet kita untuk terus konsisten dalam aksi mereka di arena sukan pada masa hadapan," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Kem Jati Diri Persatuan Orang Cacat Penglihatan, di Kem Bukit Kolam Kuala Berang (24 September).

Katanya, cabaran besar ialah mempertahankan  kemenangan yang diperolehi tahun ini kerana
mengekalkan kemenagan lebih susah berbanding mencapai kemenagan.

Terengganu telah menjadi juara keseluruhan pada temasya tahun ini yang diadakan di negeri Perak Darul Ridzuan, dengan pencapaian sebanyak 56 pingat emas, 51 perak dan 53 gangsa.


Ia adalah pencapaian kali kelima bagi negeri Pantai Timur yang dianggap sebagai negeri yang melahirkan juara sukan negara ini.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: