Saturday, 1 September 2018

Kemerdekaan Berlandaskan Agama

SHARE

Oleh: Ahmad Syahid Adnan

KEMAMAN - Program Perarakan Sambutan Hari Kemerdekaan dianjurkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru Kemasik, berlangsung meriah dengan penyertaan komuniti setempat dan sekitarnya.

Majlis di Dataran Sabasun, Kampung Baru Kemasik, di sini, diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.


Menurut Saiful, semua rakyat terutama penduduk DUN itu perlu mengambil iktibar daripada sejarah negara kita yang sudah 61 tahun mencapai kemerdekaan.

"Ingatlah, kemerdekaan yang sebenar adalah yang berlandaskan agama,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum melepaskan peserta perarakan, kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Program  bermula dari Dataran Sabasun, ke Bukit Kukuran dan berakhir di stesen Rantau Petronas di Kemasik.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: