Friday, 7 September 2018

Kekalkan Semangat Berpasukan

SHARE

Foto: Harish Fadzillah

KUALA TERENGGANU – Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu mestilah mengekalkan semangat berpasukan yang tinggi agar tidak jatuh dan lumpuh.

Timbalan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abd Karim berkata, semangat berpasukan yang tinggi hadir perlu di semua peringkat.

“TFC III telah berjaya untuk Piala Presiden dan akan menyarungkan balik jersi pada minggu depan untuk beraksi di gelanggang Sukma (Sukan Malaysia 2018).


“Jadi kita jangan hampakan harapan YAB (Menteri Besar) supaya pulang dengan membawa ilmu dan pingat emas Sukma,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Meraikan Pasukan Presiden TFC III dan Piala Belia TFC IV di Permai Inn pada kelmarin (4 September).

Hishamuddin berkata, jika dahulu pasukan TFC IV tidak bergelar juara dan berjaya sebagaimana baru-baru ini. Oleh itu, pasukan tidak akan mundur sama sekali.

Sehubungan dengan itu juga, pasukan bola daripada peringkat kecil hinggalah ke peringkat profesional mempunyai suatu kesinambungan yang luas dan saling bersangkutan.


“Kita perlu akui  lambakan pemain di Negeri Terengganu terpaksa dieksport keluar.

“Kita juga tidak mampu untuk  membekalkan pasukan yang lebih kerana dunia bola sepak pada hari ini  memerlukan kos yang sangat luar biasa,” jelasnya.

Justeru itu, Hishamuddin berkata, dengan kekangan kewangan masa kini, pasukan TFC I hingga TFC IV akan dikendalikan dengan sebaik mungkin.

Antara penaja utama untuk PBSNT ini adalah Kerajaan Negeri Terengganu.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: