Saturday, 1 September 2018

Kanak-kanak Teruja Menyambut Hari Kemerdekaan

SHARE
Kanak-kanak Taska mendengar taklimat daripada guru mereka.
KEMAMAN - Seramai 50 pelajar Taska Permata Perpaduan Kampung Gong Limau teruja menyambut hari kemerdekaan bersama penjaga dan ibu bapa.

Pegerusi Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Kampung Gong Limau, Harun Ali berkata, program taska pada hari ini melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga enam tahun yang mula berarak sekitar kawasan kampung.

“Perarakan sepanjang satu kilometer tersebut dibimbing oleh orang dewasa di kalangan guru-guru dan penjaga serta ibubapa.

“Perarakan tersebut mengambil masa selama 30 minit, pihak taska menyediakan bendera kibar jalur gemilang kepada kanak-kanak untuk dikibar serentak menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Merdeka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut hari kemerdekaan yang diadakan di Taska Permata Perpaduan Kampung Gong Limau, Kemaman hari ini.


Menurut Harun Ali, program sambutan hari kemerdekaan ini merupakan kali pertama disambut di taska ini.

“Semasa perarakan pagi tadi, ramai penduduk sekitar taska keluar dari rumah untuk menyaksikan perarakan kanak-kanak dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.

“Saya melihat kanak-kanak kecil ini sudah tahu untuk menyanyikan lagu Negaraku dan tahu erti kemerdekaan.

Ibu bapa juga turut memberi sokongan yang hebat kerana membuat baju menggunakan jalur gemilang untuk dipakai oleh anak masing-masing.

Mengulas berkenaan program sambutan hari kemerdekaan, Harun Ali berkata, kerjasama antara KRT dan Pejabat Perpaduan Kemaman amat dihargai.

“Turut diadakan pertandingan mewarna dan pakaian jalur gemilang yang unik serta penyampaian hadiah kepada pemenang.

“Saya rasa bertuah kerana dapat menganjurkan aktiviti ini dan saya berharap program ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang,” katanya.





SHARE

Author: verified_user

0 komen: