Tuesday, 18 September 2018

Jauhi Sifat Permusuhan

SHARE


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT - Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor menyeru kepada semua umat Islam agar menjauhi sifat permusuhan.

Katanya, umat Islam seharusnya mengambil pengajaran dalam peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Madinah di mana orang-orang Ansar sanggup menerima dan membantu orang-orang Muhajirin yang berhijrah ke Madinah.

“Walaupun golongan Muhajirin bukan dari kalangan ahli keluarga mereka dan puak-puak mereka, namun mereka tetap menyambut dengan hati yang terbuka demi memastikan umat Islam terus berkembang.

"Dalam situasi negara kita Malaysia sekarang, umat Islam seharusnya bersatu padu bagi memastikan agama Islam terus terbela daripada ancaman musuh Islam yang menganggu hak-hak umat Islam di Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Program Talkshow Hijratul Rasul yang dianjurkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(I-MiTS) DUN Kuala Besut di Masjid Haji Yaakob Kampung Tok Saboh, Besut, semalam.

Antara ahli panel program keilmuan itu termasuk Pengarah Muslim Care Malaysia, Sheikh Dr Abu Ayesh Alnajjar dan Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia, Ustaz Ahmad Rashdan.

Turut hadir, Unit Belia (i-MiTS) Dun Kuala Besut, Hafiz Yusoff.

Menurut Dr Riduan, umat Islam sepatutnya fokus kepada usaha membanteras gejala-gejala yang lebih besar mudaratnya kepada agama Islam yang semakin hari semakin menjadi-jadi di negara kita seperti LGBT, liberalisme, pluralisme dan bermacam lagi daripada terus bertelingkah terhadap perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepada Islam.

.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: