Friday, 7 September 2018

Hijrah Menuju Kebaikan

SHARE

KUALA TERENGGANU - Hijrah bukan sahaja bererti berpindah ia juga ditafsirkan sebagai 'meninggalkan' sesuatu yang buruk dan mengamalkan ajaran Allah SWT dengan lebih tekun.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, bersempena ketibaan detik 1 Muharram 1440H ini, seluruh umat Islam diseru untuk memperbaharui niat dan komitmen untuk berubah sekali gus berhijrah ke arah yang lebih baik dalam segenap lapangan kehidupan.

“Kalau zaman Nabi SAW berhijrah dari suatu tempat ke suatu tempat, selepas peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah tiada lagi penghijrahan dalam bentuk sebegitu, tetapi yang lebih penting adalah kita berhijrah mengikut sunnah Rasulullah SAW.

“Berhijrah daripada melakukan maksiat kepada melaksanakan perintahNya, kita berhijrah daripada tidak melakukan perintah Allah kepada kita mendapat sebuah negara dan juga negeri bagi melaksanakan segala tuntutan yang telah dinyatakan di dalam al-Quran dan juga sunnah Nabi Muhammad S.A.W," ujarnya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.

Katanya, penghijrahan yang sebenar turut menuntut keikhlasan hati yang tinggi.

“Sebagaimana amal ibadah yang kita lakukan kepada Allah SWT mestilah ikhlas kerana Allah bukan kerana manusia atau sesuatu yang lain.

“Apabila berhijrah haruslah tulus dari hati kerana Allah dan menuju keredhaanNya termasuk dalam kita melaksanakan setiap amalan, kerja mahupun ibadah,” ujarnya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: