Thursday, 6 September 2018

Hadiah RM150 Ribu Kepada TFC III, RM50 Ribu Kepada TFC IV

SHARE
Foto - Harish Fadzillah
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri bersetuju menghadiahkan RM150,000 kepada Skuad Terengganu Football Club (TFC) III dan RM50,000 kepada  TFC IV selepas masing-masing menjadi johan Piala Presiden dan naib johan Piala Belia.

Sementara itu, pemain TFC III pula dihadiahkan RM2,000 seorang manakala pemain skuad TFC IV menerima RM1,000.

Keputusan itu dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu yang juga Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Majlis Kesyukuran sempena meraikan kemenangan mereka.
  

Sementara itu, beliau berkata, ianya adalah tanda keprihatinan atas semangat mereka yang membanggakan dan menjulang nama Negeri Terengganu dalam sukan tersebut.

“Sememangnya pencapaian ini adalah satu perkara yang bukan mudah melalui tempoh latihan kecederaan, keletihan dan macam-macam sehingga mampu untuk mencapai kemenangan,

“Kita akan buktikan kepada seluruh rakyat Negeri Terengganu dan negara bahawa kita mampu melakukan sesuatu untuk mengekalkan kemenangan serta mencipta kemenangan yang lebih di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Permata Ballroom, Permai Hotel, di sini,  semalam, (4 September).


Kata beliau, ianya antara pencapaian terbaik dan peluang meningkatkan karier, menimba pengalaman, menambah kemahiran serta meningkatkan prestasi bola sepak bukan sahaja di Terengganu tetapi peringkat nasional.

Tambah beliau, ia adalah sebahagian sumbangan kepada bola sepak negara selepas membuktikan prestasi baik pasukan dalam liga Malaysia.

“Saya juga mengambil peluang ini mengucapkan selamat maju jaya pada Skuad SUKMA Perak 2018 TFC III yang akan beraksi pada pertengahan bulan ini.

“harapkan kejayaan yang dicapai dalam Piala Presiden ini mampu dibawa ke SUKMA untuk merangkul pingat emas….Tiada yang mustahil.. awak  boleh buat,” ujar beliau kepada para skuad SUKMA.


Sehubungan itu kata beliau, pihak kerajaan akan menyokong sepenuhnya segala aktiviti sukan terutama bola sepak, sebagai sukan paling diminati di dunia khususnya rakyat di Negeri Terengganu.

“Kesinambungan penstrukturan bola sepak Terengganu 2018 akan tetap kita teruskan dan kita bersetuju untuk mengekalkan pasukan TFC II sebagai fiden club,

“Untuk memberi peluang kepada pasukan pelapis tTFC III dan TFC IV memajukan carier sebelum menjadi pemain professional dan berjaya,” tambahnya.

Justeru itu, beliau berharap sukan SUKMA tersebut mampu untuk mengeratkan silaturrahim dan memberi manfaat kepada semua.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: