Wednesday, 5 September 2018

Gangsa Jadi Sandaran Pasukan Squash SUKMA: Ustaz Muhammad Khalil

SHARE
Ustaz Muhammad Khalil (tengah) bersama 'anak angkat' pasukan skuasy Negeri Terengganu.
Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu mensasarkan pasukan skuasy negeri bakal merangkul pingat gangsa sekurang-kurangnya dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2018.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, walau bagaimanapun pasukan tersebut diharapkan dapat memperoleh pingat perak atau emas di dalam acara individu mahupun berkumpulan.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Temu Mesra Antara “Bapa Angkat” dengan atlet-atlet sukan squash di Pusat Sukan Universiti Malaysia Terengganu, kelmarin (4 September).

Menurut Ustaz Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, persiapan pasukan squash negeri sudah berada di kemuncaknya dan menunjukkan bahawa mereka begitu bersemangat dan mempunyai cita-cita yang begitu tinggi untuk bertanding di SUKMA nanti.

“Alhamdulilah, saya bersyukur kerana dapat bersama-sama pasukan squash negeri yang berjumlah seramai sembilan orang termasuk pengurus dan pemain-pemain," katanya.

Beliau mendoakan agar skuad squash terus bersemangat di dalam latihan dan mencapai target yang diimpikan.

"Saya doakan kontijen Negeri Terengganu akan dapat mencapai satu keputusan yang lebih baik daripada sebelum ini kerana Negeri Terengganu dalam sejarah SUKMA telah empat kali menjadi juara keseluruhan," ujarnya.


Turut hadir Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan Pegawai-pegawai Majlis Sukan Negeri Terengganu.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: