Sunday, 23 September 2018

Forum Perdana Semarak Maal Hijrah

SHARE


Oleh: Aslam Wira

MARANG– Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Rhu Rendang telah menganjurkan program forum perdana bagi menyemarakkan sambutan Maal Hijrah di perkarangan Masjid Kelulut, semalam.

Seawal jam 8:30 pagi, orang ramai mula membanjiri perkarangan masjid itu untuk mengikuti program keilmuan yang dimoderatorkan oleh Ustaz Arif Arifin dan dua ahli panel iaitu Ustaz Zulkhairi Ngah dan Ustaz Wan Mohd Zuki Wan Ismail.

Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Rhu Rendang, Ustaz Kamaruzaman Abdullah mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana bersesuaian dengan program Maal Hijrah yang disambut saban tahun, penganjuran program berkenaan menandakan semaraknya penyusunan masyarakat untuk mendekatkan diri kepada Allah.

“Saya berharap tuan dan puan, cuba lihat dimensi, posisi, dan tempat mana yang ada vakum kosong untuk disumbatkan tenaga kepada jalan Allah. Ini kerana tidak ada lagi pahala Hijrah selepas pembukaan Kota Makkah yang ada hanyalah usaha dan tenaga kita yang dikerah untuk memajukan agamaNya,” kata Ustaz Kamaruzaman.


Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis perasmian forum perdana tersebut bagi mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Turut hadir, Pengarah Majlis Tindakan Dun Rhu Rendang, Daud Yusof dan Penyelaras I-MiTS Rhu Rendang, Mohamad Embong.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: