Tuesday, 18 September 2018

Felda Selasih A FC Juara! - Azman Ibrahim

SHARE
Dr Azman Ibrahim menyantuni para pemain yang berentap dalam kejohanan tersebut.
Oleh: Hidayah Azlin

SETIU - Felda Selasih A FC dinobatkan sebagai juara dalam Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Jabi dalam perlawanan akhir yang berlangsung petang tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan tersendiri untuk merebut juara.

"Kedua-dua pasukan mempamerkan gaya yang menarik.

"Insya-Allah, Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Jabi akan dijadikan sukan tahunan pada tahun-tahun akan datang," ujarnya.
Dr Azman Ibrahim berucap kepada hadirin yang hadir memeriahkan kejohanan tersebut.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Jabi di Padang Bola Kerandang, hari ini (17 September).

Pasukan berkenaan berjaya menewaskan Tok Dor FC menerusi penentuan penalti 5-4.

Menurut Dr Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, perlawanan berlangsung dengan aman dan mengambil masa selama sebulan setengah.

"Sebanyak 20 pasukan menyertai kejohanan ini.

"Aksi-aksi yang mencemaskan di pintu gol memukau para penonton.

"Tambahan pula, sorakan dan gendang tong drum dari penonton memberi semangat kepada pemain untuk beraksi walaupun dalam keadaan hujan.

"Saya merakamkan tahniah dan terima kasih kepada panitia kejohanan, pasukan pengadil, pengurus pasukan, jurulatih, pemain- pemain dan semua yang terlibat memeriahkan kejohanan ini," tambahnya.

Turut hadir, Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Rafei Long Hassan dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Norisabri Ismail.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: