Monday, 24 September 2018

Dr Samsuri Suntik Semangat Calon UPSR

SHARE
Dr Samsuri Mokhtar (tiga dari kanan) beramah mesra dengan calon UPSR SK Sultan Sulaiman. Foto - Solahuddin Al-Idrus
KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turun padang bertemu dan memberi semangat kepada calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018, hari ini.

Beliau mengharapkan para calon memberikan yang terbaik untuk peperiksaan ini.

"Give your best today, ini adalah hari penting untuk kamu.

"Ingat dua perkara, trust yourselves dan be confident," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan calon-calon UPSR di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2, hari ini (24 September).

Dr Samsuri turut mengingatkan calon UPSR tentang pentingnya menentukan masa hadapan mereka.

"Kamu semua ada cita-cita, jadilah apa pun.

"Hari ini adalah permulaannya," tambahnya.

Beliau turut melawat dan bertemu calon-calon UPSR di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1.


Seramai 141 orang murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 akan menduduki peperiksaan UPSR bermula pada hari ini sehingga 27 September 2018.

Subjek Bahasa Melayu Pemahaman menjadi kertas ujian pertama yang dihadapi mereka.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: