Monday, 17 September 2018

Dr Ahmad Isa Kunjungi MB

SHARE

Syeikh Dr Ahmad Isa (dua dari kiri) menerima cenderahati dari Menteri Besar (dua dari kanan).


KUALA TERENGGANU - Pejabat Menteri Besar,  Tingkat 16, Wisma Darul Iman sentiasa dikunjungi sama ada rakyat Terengganu sendiri atau tetamu luar negara untuk bertemu dengan Menteri Besar,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Hari ini (17 September) Dr Ahmad Samsuri dikunjungi oleh Ketua Lajnah Tashih Al-Quran Mesir, Syeikh Dr Ahmad Isa Al-Ma'sarawi.

Kunjungan Syeikh Dr. Ahmad bersempena dengan Wacana Al- Quran di Auditorium Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu (JHEAT) di sini.

Syeikh Dr Ahmad Isa (dua dari kiri) mendoakan kejayaan kerajaan baharu Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besarnya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (dua dari kanan).

Beliau mengambil masa 20 minit untuk bertemubual dengan Menteri Besar berhubung dengan   gerakan Islam antarabangsa dan pentadbiran negeri Terengganu.

Dr Ahmad Samsuri mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan Syeikh Dr Ahmad dan meminta beliau mendoakan kejayaan Terengganu di bawah pentadbiran baharu. 

Turut mengiringi Dr Ahmad Isa, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.
SHARE

Author: verified_user


0 komen: