Sunday, 2 September 2018

Delima Warrior Bersinar

SHARE

Oleh : Syaharulhafizi Shamsudin

MARANG - Delima Warrior muncul johan selepas menumpaskan Titian Baru B dalam perlawanan akhir anjuran Kelab Belia Kampung Titian Baru di Padang Bola Kampung Titian Baru, di sini, semalam.

Kemenangan itu melayakkan Delima Warrior membawa pulang wang tunai RM2,000 berserta piala iringan dan pingat emas, manakala Titian Baru B yang muncul naib johan menerima wang tunai sebanyak RM1,000 bersama pingat perak dan tempat ketiga dan keempat pula Kaki Lima FC dan CND Junior, masing-masing menerima wang tunai RM500 beseta pingat gangsa.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

 

Beliau yang juga ADUN Bukit Payung turut membuat sepakan mula sebagai gimik merasmikan perlawanan akhir itu.

Mohd Nor turut mengucapkan terima kasih kepada Kelab Belia Titian Baru dan juga kepimpinan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Titian Baru kerana berjaya menganjurkan perlawanan itu di samping dapat memupuk kerjasama berpasukan serta hubungan silaturahim sesama peserta dan pemimpin setempat.

"Diharapkan MPKK dapat mengadakan banyak lagi program yang bermanfaat kepada penduduk sepertimana kejohanan bola sepak ini,” ujar beliau lagi.

Perlawanan sepanjang dua hari bermula 31 Ogos disertai sebanyak 42 kumpulan yang bukan sahaja  dari DUN Bukit Payung, malah dari Dungun dan Kuala Terengganu.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: