Monday, 3 September 2018

Daurah Al Quran Tampil Ulama Sheikh Dr Ahmad Isa

SHARE


Kerajaan negeri akan menganjurkan Daurah al-Quran Pendakwah Terengganu Bersama Sheikh Dr Ahmad Isa Al Ma’Sarawi bertujuan mendekatkan masyarakat dengan al-Quran.

Program yang akan berlangsung pada 16 September bertempat di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu itu bakal menampilkan ulama al-Quran terkenal dunia iaitu Dr Ahmad Isa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah, berkata, pihaknya sengaja memilih tarikh 16 September di mana sama tarikh dengan program Muktamar Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pusat.

Katanya, pendekatan itu memudahkan orang ramai terutama pengunjung dan peserta dari luar Terengganu dan luar negara turut mengunjungi program daurah al Quran yang penuh berilmu dan bermanfaat.

“Walaupun program itu berlangsung hanya 4 jam iaitu bermula jam 2 petang, pelbagai manfaat dan pengkogsian ilmu  diperoleh peserta dan pengunjung,  Orang ramai dijemput hadir pada program yang  julung kali diadakan itu, “ katanya.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: