Tuesday, 4 September 2018

Dato’ Tengku Hassan Adakan Lawatan Kerja Ke Kuala Nerus

SHARE


Oleh: Syahid Adnan

KUALA NERUS- Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar telah mengadakan lawatan kerja ke daerah Kuala Nerus, semalam.

Turut serta dalam lawatan tersebut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh dan Ir Saiful Azmi Suhaili.

Dato’ Tengku Hassan telah menghadiri perbincangan untuk rancangan dan pembangunan daerah termuda di Terengganu itu di Pejabat Tapak Pusat Pentadbiran Kuala Nerus.
                                                             

Sebelum itu, beliau telah diberikan taklimat mengenai pelbagai perancangan dalam membangunkan daerah serta Bandar Baru Kuala Nerus termasuk berkaitan perkembangan keseluruhan pembangunan terkini serta isu-isu berbangkit.

Lawatan kerja tersebut juga dihadiri Pegawai Daerah Kuala Nerus, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU), wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pejabat Tanah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Malaysia)Terengganu.




SHARE

Author: verified_user

0 komen: