Wednesday, 12 September 2018

Dakwah Dengan Akhlak - Haji Amzad Hashim

SHARE
Haji Ahmad Amzad (dua dari kanan) solat hajat menyambut Maal Hijrah bersama para jemaah.
Oleh: Syed Kamal

KUALA TERENGGANU - Pendakwah perlu menjaga akhlak dan moral agar dapat memperlihatkan kemuliaan agama Islam yang perlu menjadi ikutan masyarakat.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, pendakwah perlu menggunakan pendekatan dakwah 'bil mal' iaitu dakwah yang dilakukan melalui gerak kerja kebajikan sama ada berbentuk kewangan mahupun sumbangan tenaga dan masa.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Ambang Maal Hijrah Peringkat Daerah Kuala Terengganu di Masjid Kubang, semalam (10 September).

Seramai kira-kira 900 jemaah menghadiri majlis tersebut.

Majlis yang berlangsung bermula jam 6.30 petang hingga 9.30 malam berlangsung dengan jayanya.

Makanan juga dihidangkan oleh pihak penganjur kepada semua jemaah setelah selesai majlis.


Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Haji Azmi Razik.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: