Sunday, 23 September 2018

Cadang Jadikan Lembah Takir Kawasan Rekreasi

SHARE


Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS – Kerajaan negeri bercadang menjadikan Lembah Takir yang merupakan kawasan paya bakau di daerah ini sebagai kawasan rekreasi dalam tempoh terdekat.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kawasan itu memiliki tapak yang sesuai untuk didirikan kemudahan untuk anggota masyarakat termasuk dewan orang ramai.

“Datarannya yang cantik sangat sesuai untuk didirikan dewan untuk masyarakat sekitar.

“Dewan ini dapat kita dijadikan tempat majlis perkahwinan dan untuk kegunaan-kegunaan lain dan ruangan parkir pun yang luas, dan aliran sungainya kita akan cantikan untuk tujuan riadah masyarakat setempat,” ujarnya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjayakan Program Gotong-royong Perdana anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus yang dihadiri kira-kira 150 orang terdiri daripada penduduk sekitar dan pimpinan masyarakat setempat di Lembah Takir, Seberang Takir, semalam.

Program itu merupakan kerjasama antara Pejabat Daerah Kuala Nerus, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampungg Baru, Seberang Takir, dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

Turut hadir, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Fazil Wahab, Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus, Zuwislan Awang dan pegawai-pegawai yang lain.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: