Monday, 17 September 2018

BPMS Berkesan Di Pahang

SHARE
Ustaz Zuridan Daud membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden. Foto - Solahuddin Al-Idrus

KUALA TERENGGANU - Perwakilan Muktamar PAS menyambut baik saranan pucuk kepimpinan tertinggi parti agar ahlinya menerima konsep Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS).

Perwakilan PAS Pahang, Ustaz Zuridan Daud menyokong penuh, konsep BPMS itu yang membuahkan hasil lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, lalu.

Katanya, pendekatan BPMS yang diperkenalkan oleh Dato’Seri Tuan Guru Abdul Hadi cukup berkesan di Pahang.

“PRU15 akan datang, kita mensasarkan PAS akan dapat menerajui negeri Pahang, InsyaÁllah.

“Kita (PAS) kena perkasakan lagi konsep Tahaluf dan Taawun sebagaimana yang disarankan oleh Presiden PAS dalam ucapan dasar muktamar ini,” ujarnya ketika mengambil bahagian membahas Ucapan Dasar Presiden Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, 16 September lalu.

1,200 perwakilan menghadiri Muktamar PAS.

Justeru, beliau turut mengingatkan kepada seluruh kepimpinan dan ahli parti disemua peringkat agar mempertingkatkan ilmu pengetahuan.

“Kita mahu segala tindakan pimpinan disemua peringkat bertindak tidak mengikut emosi tetapi berlandaskan ilmu pengetahuan.

“Cuba kita (ahli) perhatikan tulisan-tulisan Tuan Guru (Abdul Hadi) di dalam facebooknya, sarat dengan ilmu-ilmu dan pengetahuan yang matang,” jelasnya selaku pembahas keenam muktamar tersebut.











SHARE

Author: verified_user

Blog "Apa Orang Kata" menemui anda sekalian bagi mengupas pandangan dan isu-isu yang berlaku di sekeliling kita semua. Pandangan menulis blog ini juga tidak terikat dengan mana-mana parti politik tetapi lebih ke arah menuntut keadilan dalam Islam. Biar pun pahit tetapi ad manisnya. InsyaAllah.

0 komen: