Saturday, 22 September 2018

Bina Empangan Kecil Di Hulu Sungai Berang

SHARE
Oleh: Hanif Hamdan

HULU TERENGGANU -Kerajaan negeri melalui portfolio jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri mencadangkan agar satu empangan kecil dibina di Hulu Sungai Berang.

Pengerusinya, Dr Mamad Puteh berkata, pembinaan empangan itu dilihat mampu mengatasi masalah banjir yang berlaku di kawasan berkenaan saban tahun.

"Untuk jangka masa panjang, selain daripada dua empangan ini ( Empangan Kenyir dan Empangan Hulu Terengganu), saya nak cadangkan juga sebuah empangan dibina di Sungai Hulu Berang, mungkin pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh bina sebuah empangan yang kecil disana," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam taklimat semasa perjumpaan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena lawatan kerja ke tapak di Stesen Janaelektrik Hulu Terengganu, semalam.

Menurut beliau, jika dibina empangan kecil di Hulu Sungai Berang ianya mampu untuk mengatasi masalah banjir yang berlaku setiap tahun di sana dan membolehkan banyak kampung dapat diselamatkan.

Katanya, antara kampung yang selalu terlibat banjir di kawasan tersebut termasuk Kampung Menerong, Kampung Pengkalan Ajal, Kampung Pasir Pelata, dan beberapa kawasan lain.

"Saya cadangkan agar TNB buat kajian kemungkinan untuk bina sebuah empangan kecil di sana bagi mengatasi masalah banjir.


"Pembinaan empangan ini bukan sahaja berupaya mengatasi masalah banjir, malah mampu juga menjana pendapatan kepada kerajaan negeri," ujarnya.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: