Sunday, 2 September 2018

Bersama Hayati Kemerdekaan

SHARE


Oleh: Syed Kamal

KUALA TERENGGANU-  Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim berkata, erti kemerdekaan perlu dihayati oleh semua rakyat tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa.

Malah katanya, rakyat juga harus bersatu untuk kemakmuran negeri khususnya dan negara amnya.

 “Kemerdekaan ini bukan kemerdekaan kepada kumpulan-kumpulan tertentu sahaja, tetapi kepada semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa atau agama.

“Kemerdekaan kita yang sebenar bukan hanya dengan tema kemerdekaan, rakyat Terengganu mesti menyahut seruan berjuang demi memajukan lagi negeri ini," ujarnya bagi mengulas mengenai erti kemerdekaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di Cafe Killiney Shah Bandar Kuala Terengganu, baru-baru ini.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: