![]() |
Yakin! Terengganu akan jadi juara SUKMA 2018 dan Insentif istimewa menanti para atlet - Ustaz Wan Sukairi. Foto - Abu Ubaidah |
KUALA TERENGGANU - Dalam tempoh tiga hari SUKMA berbaki
Kerajaan Terengganu Yakin akan dapat menjuarai temasya kali ke yang sedang berlangsung di negeri Perak Darul Ridhuan.
Justeru itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan
dan NGO Negeri Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, insentif luar biasa akan
diberikan oleh jika kontinjen Terengganu sekiranya menjuarai Sukan Malaysia
(SUKMA) 2018, yang akan melabuhkan tirainya Sabtu ini.
Katanya, insentif tersebut akan diumumkan Menteri Besar, Dr
Ahmad Samsuri Mokhtar, pada majlis penutup SUKMA yang sedang berlangsung di
Ipoh, Perak.
"Kerajaan negeri masih merahsiakan bentuk insentif luar
biasa yang ditawarkan kepada kontinjen Terengganu, jika muncul juara
keseluruhan sukan edisi ke-19.
"Sehingga tengahari tadi, kontinjen Terengganu masih
menerajui takhta pungutan pingat Sukma 2018, apabila berjaya mengumpul 27 emas,
26 (perak) dan 25 gangsa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media
dipejabatnya Wisma Darul Iman pada semalam, Selasa, 18 September.
Beliau memaklumkan atlet yang berjaya mendapat pingat emas
memperolehi insentif wang tunai segera sebanyak RM3,000, RM2,000 (perak) dan
gangsa berjumlah RM1,000.
"Kerajaan juga turut menyediakan insentif tambahan
iaitu pakej menunaikan umrah kepada atlet Islam yang dinobatkan sebagai
olahragawan dan olahragawati Sukma 2018, manakala atlet bukan beragama Islam
akan diberikan wang tunai sebanyak RM5,000," katanya.
Mengenai kekalahan pasukan bola sepak Sukma Terengganu gagal
ke perlawanan akhir untuk merebut pingat emas selepas tewas kepada Kedah, pada
perlawanan separuh akhir malam tadi, Wan Sukairi berkata, kerajaan negeri
terkilan dengan keputusan pengadil perlawanan yang memberi sepakan penaliti
kepada skuad Lang Merah, pada minit ke-112, selepas dua pasukan itu terikat
seri 1-1.
"Kerajaan negeri kagum dengan pemain yang beraksi
bersungguh-sungguh untuk mara ke perlawanan akhir, tetapi perlu akur dengan
keputusan pengadil yang memberi tendangan penalti kepada Kedah," katanya.
0 komen: