Saturday, 1 September 2018

Bekas Jaguh Lumba Motosikal Negara Dedah Hampir Kehilangan Dua Kaki

SHARE
Wazi Abd Hamid berkongsi pengalaman beliau dalam arena sukan permotoran. Foto - Solahuddin Al-Idrus
KUALA TERENGGANU - Hampir kehilangan dua kaki sewaktu perlawanan tidak menyebabkan bekas jaguh lumba motor negara, Wazi Abd Hamid berputus asa dari kariernya suatu ketika dahulu.

Bagi pelumba yang pernah merangkul gelaran Juara Asia kategori 125cc pada tahun 1995, 1996 dan 2000, ianya suatu rekod yang dianugerahkan oleh Allah.

Ditanya mengenai permasalahan berkaitan motosikal dan anak muda pada hari ini, beliau menyatakan bahawa anak muda sememangnya tidak dapat dipisahkan dari sifat sukakan cabaran.

"Apa yang terpenting adalah bagaimana cara kita menggunakan kemudahan dan minat yang ada.

"Kita terikat dengan undang-undang yang jelas-jelas untuk manfaat bersama tidak kira pengguna jalan raya yang lain bahkan kita sendiri.

"Maka, ikutlah apa yang baik buat diri kita dan orang lain," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Sambutan Ambang Hari Kemerdekaan di Taman Shahbandar, kelmarin (29 Ogos).

Sementara itu, tambah beliau, anak muda perlu mewarnai dunia permotoran khususnya anak Negeri Terengganu.

"Kita cukup berbangga dengan kejayaan pelumba motosikal Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah di usia yang muda.

"Anak muda harus memberi sumbangan kepada negara dengan menceburi bidang sukan seumpama ini.

"Jangan berentap di jalan raya yang mengundang bahaya pada orang lain," jelasnya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: