Tuesday, 18 September 2018

Bapa Terkorban Selamat Anak

SHARE
MAYAT mendiang Peter Haw Tah Ming yang lemas ketika mandi di Pantai Teluk Tanjang Jara, dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.
DUNGUN - Demi kasih kepada anak, seorang bapa terkorban nyawa ketika cuba menyelamatkan anaknya yang hampir lemas dalam kejadian di Pusat Peranginan Tanjung Jara, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, Peter How Tah Ming, 54, cuba menyelamatkan anaknya, Matthew How, 25 yang dilihat terkapai-kapai di dalam air.

Bagaimanapun, arus deras menyebabkan mangsa hanyut dan lemas sebelum beberapa orang pekerja pusat peranginan tersebut turun ke dalam air untuk menarik mangsa ke tepi pantai termasuk bantuan pernafasan oleh seorang doktor yang juga pengunjung resort, dan kemudian dikejarkan ke hospital.

Namun mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Dungun.

Isteri Peter, Pang Siew Cheng, 53, berkata, sewaktu kejadian, dia dan suaminya berkelah di tepi pantai manakala dua anaknya, Metthew Haw dan Daniel Haw, 20, sedang mandi-manda di pantai pusat peranginan tersebut.

"Suami saya bergegas ke pantai sebaik mendengar suara Metthew meminta pertolongan kerana hampir lemas akibat dihanyutkan arus deras tetapi dia pula hampir lemas ketika berenang untuk menyelamatkan anak kami.

"Pekerja pusat peranginan menolong menarik anak ke darat tetapi suami masih terkapai-kapai dalam air dan mereka pergi selamatkan suami saya pula dan cuba bagi bantuan pernafasan," ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Suprintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, mayat mangsa yang menjalani bedah siasat diserahkan kepada keluarga mangsa jam 10 malam tadi untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur untuk urusan pengebumian.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: