Tuesday, 25 September 2018

Bapa Angkat Puji Prestasi Cemerlang Skuad Muay Thai

SHARE

KUALA TERENGGANU - Bapa Angkat sukan Muay Thai Terengganu, Alias Harun memuji kesungguhan pasukan negeri sehingga berjaya mempamerkan prestasi cemerlang dan mencapai sasaran kontinjen di Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-19 Perak 2018.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri itu berbangga dengan komitmen atlet dan pegawai pasukan bela diri itu yang bertekad membawa pulang dua emas, dua perak dan dua gangsa, sebaliknya mendapat kelebihan bonus `dua perak'.

“Alhamdulillah sasaran hanya dua emas, dua perak dan satu gangsa tetapi hasil kerja keras semua, atlet-atlet, pengurus, jurulatih-jurulatih dan ramai lagi Muay Thai berjaya mengutip dua emas, empat perak dan dua gangsa," katanya ketika dihubungi di sini, pada 24 September.

Alias juga memuji disiplin atlet-atlet yang sangat menjaga pemakanan dan menjalani setiap sesi latihan yang ditetapkan selain tidak lupa menjalankan kewajipan sebagai umat Islam.

“Latihan mereka lakukan sepanjang masa, bukan baru, malahan mereka hanya berehat mungkin sebulan dua sahaja,

“Selepas itu akan berlatih untuk kejohanan-kejohanan Muay Thai bukan semata-mata untuk temasya sukan baru-baru ini, juga seterusnya SUKMA akan datang pada 2020  di Johor”, tambah beliau lagi.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: