Thursday, 13 September 2018

Atlet Pencak Silat SUKMA Dapat Tajaan Korporat

SHARE
Ustaz Ridzuan Hashim menyempurnakan penyerahan sumbangan dan tajaan daripada Syarikat Botak Mining Sdn Bhd kepada Pasukan Pencak Silat Negeri Terengganu.
Oleh: Mohd Haniff Abas

KUALA TERENGGANU - Pasukan Pencak Silat Terengganu amat bertuah kerana mendapat tajaan berupa baju T dari sebuah syarikat pembalakan yang berpengkalan di Kemaman, Botak Mining Sdn Bhd.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, beliau amat mengalu-alukan tajaan daripada syarikat korporat.

"Ianya merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat berkenaan," ujarnya.


Beliau yang juga merupakan 'bapa angkat' pasukan pencak silat negeri berkata demikian dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Kompleks Majlis Sukan Negeri Terengganu, kelmarin (11 September).

Sebanyak 40 helai baju T ditaja untuk kesemua 31 atlet silat dan selebihnya adalah untuk jurulatih dan pengurus pasukan.

“Dengan adanya tajaan sebegini, para atlet kita akan lebih bersemangat kerana mendapat sokongan dan perhatian dari golongan korporat.

“Kita mensasarkan empat pingat emas dalam acara silat pada temasya kali ini yang merupakan sebahagian daripada 69 sasaran pingat emas negeri untuk dinobatkan sebagai juara Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19," tambahnya.

Turut hadir, Pengurus Pasukan Pencak Silat SUKMA Terengganu, Haji Alias Abas dan Pengarah Urusan Botak Mining Sdn Bhd, Maulana Jusoh.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: