Monday, 17 September 2018

Belajar Al-Quran Perlu Berguru

SHARE
Ustaz Mohd Nor Hamzah (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Mantan Ketua Umum Maqari’ Mesir, Sheikh Dr Ahmad Isa Al-Ma’sarawi.
Oleh: Syaharulhafizi Shamsudin

KUALA TERENGGANU - “Belajar Al-Quran tidak boleh tanpa guru, kerana setiap sifat dan bunyi bacaan huruf tidak dapat kita ketahui (betul atau salah) tanpa mendengar dari bacaan guru yang mahir terlebih dahulu.”

Itu ungkapan dan kata nasihat daripada Mantan Ketua Umum Maqari’ Mesir, Sheikh Dr Ahmad Isa Al-Ma’sarawi.

Menurut beliau lagi, Al-Quran bukan hanya percakapan manusia biasa dan sesuatu yang tidak wajar jika belajar membaca Al-Quran dengan guru yang tidak mempunyai penguasaan mendalam berkaitan Qiraat.


Tambah beliau, Allah menjaga Al-Quran dari segala aspek. Oleh sebab itu, Al-Quran tidak pernah hilang di muka bumi ni.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, beliau mengharapkan para peserta dapat mengambil manfaat dalam program ini serta bersyukur kerana kesudian beliau (Sheikh Dr Ahmad Isa Al-Ma’sarawi ) untuk bersama menghadiri dan memberikan penerangan berkaitan Ilmu Qiraat dalam bacaan Al-Quran,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Daurah Al-Quran bersama Mantan Ketua Umum Maqari’ Mesir, Sheikh Dr Ahmad Isa Al-Ma’sarawi di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, semalam (16 September).

Program ini anjuran Rabitah dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu.

Seramai lebih 800 orang yang terdiri dari pelajar sekolah dan IPT seluruh Negeri Terengganu dan juga orang ramai telah menyertai program ini.

Turut dilancarkan buku berjudul “Miftahul Malayu”.

Hadir sama dalam program tersebut, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: