Sunday, 2 September 2018

Aktiviti Bersukan Mampu Tambah Kenalan

SHARE


Dr Samsuri mendengar penerangan daripada pihak penganjur 
Oleh: Aslam Wira

MARANG-  Kerajaan negeri menyarankan kepada masyakat supaya menjadikan aktiviti  bersukan sebagai tempat  menambah kenalan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara umat Islam.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pendekatan itu sewajarnya diamalkan kerana sifat berkenalan di antara kita adalah sifat yang dituntut oleh Allah SWT.

Katanya, dia turut mencadangkan supaya memperbanyakan program lain untuk semua lapisan masyarakat selain daripada sukan bola yang boleh diadakan dalam bentuk kejohanan. Satu sukan untuk perempuan dan golongan berumur agar Rhu Rendang boleh menjadi contoh.

"Kita ingin tunjukkan kepada Dun-Dun lain bahawa dun Rhu Rendang sangat unik, di mana sukan diadakan untuk semua lapisan masyarakat supaya keharmonian dapat dicapai." katanya
.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Rhu Rendang di Padang Astaka Kampung Paya semalam.

Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Rhu Rendang disertai oleh 21 pasukan di dalam Dun Rhu Rendang yang berlangsung selama lebih kurang dua bulan, bermula 31 Ogos.

Kejohanan ini adalah di bawah anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) di bawah kerjasama DACS dan Pemuda Pas Rhu Rendang.

Di kemuncak program Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memberikan sedikit insentif dan bola sepak khas yang ditandatangani oleh beliau kepada pengurus 21 pasukan diiringi oleh Penyelia i-MiTS Rhu Rendang, Encik Mohamad Bin Embong.

Turut bersama di Majlis Perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Rhu Rendang 2018 tersebut adalah Penghulu Kanan Encik Ibarahim Bin Othman, Ahli Majlis Daerah Yusof Abdul Hadi,
Pengarah MTD Tuan Haji Daud Jusoh, Penyelia i-MiTS Encik Mohamad Bin Embong, Pegawai Khas Parlimen Marang Encik Harun Bin Yusof, dan Pegawai Khas ADUN Encik Wahad Bin Osman.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: