Tuesday, 4 September 2018

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Turun Padang Ziarah Mangsa Ribut

SHARE


Oleh: Syed Kamal Rizuan

KUALA TERENGGANU- Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim turun padang menziarahi beberapa buah rumah di Kampung Kubang Parit dan Kampung Durian Burung yang rosak akibat diserang ribut, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, kebanyakan rumah mengalami kerosakan atap, kebocoran serta litar pintas akibat angin kuat dan hujan lebat.

Beliau yang bersimpati dengan musibah yang melanda penduduk berjanji akan menyegerakan bantuan untuk meringankan beban mangsa.

“Sedang kita berselimut menikmati kedinginan, ada insan lain yang bermandikan hujan. Berat sungguh ujian yang dihadapi oleh orang kampung, saya turut bersimpati dengan apa berlaku.

“Semoga mangsa diberikan kekuatan dalam menghadapi bencana ini. Bantuan susulan juga akan segera kami usahakan bagi pihak Parlimen Kuala Terengganu untuk meringankan beban yang dihadapi,” ujarnya kepada pemberita selepas menziarahi beberapa keluarga yang ditimpa bencana itu.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: