Sunday, 9 September 2018

53,000 Sertai Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud

SHARE
Ustaz Wan Sukairi (dua dari kiri) dan Hishamuddin (kiri) beramah mesra dengan para peserta yang menyertai pertandingan.
KUALA TERENGGANU - Seramai kira-kira 53,000 orang peserta telah menyertai Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud di Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, jumlah peserta yang dapat dilihat daripada pendaftaran yang melibatkan seluruh negara mencecah sehingga 53,000 orang daripada 5 kategori yang dipertandingkan sekaligus menunjukkan peningkatan sambutan berbanding tahun sebelum ini.

"Kita masih lagi menggunakan konsep bersukan sambil menikmati keindahan yang ada dalam Negeri Terengganu ini .

“Ramai juga yang menyertai program ini buat kali pertama.

“Kita mengharapkan agar pada tahun-tahun akan datang, penyertaan daripada luar semakin bertambah,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melepaskan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud di Dataran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, semalam (8 September).

Ustaz Wan Sukairi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, program yang bertemakan ‘Lets Vacayrun’ ini akan menjadi satu tarikan kepada orang luar agar dapat lebih mengenali Negeri Terengganu Darul Iman ini.

Menurutnya, apa yang menarik peserta akan dihidangkan dengan makanan tradisi negeri iaitu nasi dagang.


“Pengalaman berlari dalam hujan rintik juga merupakan satu memori yang sangat menarik yang dilalui oleh peserta hari ini,” jelasnya.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim dan Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT), Datuk Wan Hisham Wan Salleh.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: