Tuesday, 4 September 2018

42 Rumah Di Kampung Jerangau Dilanda Ribut

SHARE
Haji Ghazali Sulaiman meninjau keadaan rumah mangsa yang rosak teruk akibat ribut semalam.
Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN - Kampung  Jerangau, sekali lagi dilanda ribut melibatkan 42 buah rumah rosak teruk dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang semalam.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata, tragedi ribut di DUN Bukit Besi seolah-olah berlaku secara secara bersiri.

"Sebelum Aidiladha ribut telah berlaku di kawasan sama  melibatkan 20 buah rumah  rosak teruk, manakala  Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dianggarkan 205 rumah rosak,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat rumah mangsa kejadian ribut di Kampung Jerangau, petang semalam (3 September).

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jerangau, Arfan Tahir memaklumkan kejadian pada petang ini (semalam) lebih teruk berbanding pada Aidiadha lalu.

Katanya, sebanyak 40 buah rumah rosak, pokok-pokok tumbang dan lebih berbahaya apabila wayar bekalan elektrik turut terputus.

"Kita telah memaklumkan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jabatan Bomba berkenaan hal ini.

"Kejadian pada petang ini agak dahsyat kerana dilanda angin ribut yang sungguh kencang, awan berwarna hitam serta kelam ibarat puting beliung.


Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi, Khaziman Khalik, Penolong Penyelia i-Mits, Zakiah Alias dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau Cawangan A, Muhd Sidek Muhamad.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: