Saturday, 1 September 2018

16 Pasukan Berentap di Kejohanan Sepak Takraw Alur Limbat

SHARE
Aksi terbaik dipamerkan untuk menjulang kejuaraan.
MARANG - Sebanyak 16 pasukan turun mempamerkan aksi dalam Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat di Pusat Komuniti Kampung Tasek, semalam (31 Ogos).

Ketua Penyelaras Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) DUN Alur Limbat, Mohd Effendi Ab. Razak,40, berkata, program itu dianjurkan sebagai pengisian sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018.
Mohd Effendi.

"Program ini adalah usaha memupuk perpaduan di kalangan penduduk setempat terutama anak-anak muda.

"Kami menyasarkan penglibatan anak muda supaya mereka terdidik untuk mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah," katanya.

Kejohanan itu berlangsung selama dua hari dan menawarkan hadiah berupa wang tunai RM500 serta medal untuk johan pertandingan.

Manakala, naib johan bakal menerima wang tunai RM300 beserta medal, RM150 dan RM100 untuk tempat ketiga dan keempat.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: