Friday, 31 August 2018

Ziarah PAS Tidak Bermusim

SHARE
Haji Mohd Fazil (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada seorang ibu tunggal. 
Oleh: Hailmey Mansor

KUALA NERUS - Budaya ziarah-menziarahi yang diamalkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) terutamanya kepada golongan yang memerlukan bukan hanya di musim pilihan raya mahupun hari raya.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, terdapat pelbagai golongan yang memerlukan termasuk mereka yang ditimpa musibah, kurang keupayaan fizikal, mengalami kesempitan kewangan dan sebagainya.

"Kita tidak perlu tunggu musim pilihan raya sahaja untuk memberi sumbangan kepada orang yang kurang mampu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu ziarah ke rumah seorang ibu tunggal di Kampung Teluk Ketapang bersama wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Teluk Ketapang dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), kelmarin (29 Ogos).

Menurutnya, ziarah hari ini bagi menyampaikan sedikit sumbangan daripada Pejabat Penyelaras DUN bagi mengurangkan beban keluarga tersebut.

"Atas rasa tanggungjawab dan prihatin, kita turun untuk memberi sedikit sumbangan," ujarnya.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Teluk Ketapang, Nazir Ismail dan Pegawai Kebajikan dan Kemasyarakatan i-MiTS DUN Seberang Takir, Badarul Inshan.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: