Sunday, 5 August 2018

Ziarah Kasih Permata Bantu Keluarga Kurang Berkemampuan

SHARE

Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) mengadakan Program Ziarah Kasih bagi memberi sumbangan kepada keluarga mahasiswa yang kurang berkemampuan, baru-baru ini.

Ziarah Kasih diketuai oleh Yang Dipertua Permata Kebangsaan, Mohd Syarizwan Mat Jenon  turun padang menyampaikan bantuan keperluan harian kepada keluarga di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Menurut  Syarizwan, mahasiswa terlibat adalah dari keluarga yang kurang berkemampuan dan mempunyai masalah seperti ibu bapa yang uzur serta mempunyai penyakit kronik.

"Bantuan itu juga berdasarkan penelitian dan maklumat daripada Yang Dipertua Permata setiap universiti,"kata beliau dalam kenyataan kepada media, hari ini.


Turut hadir, Penolong Pengarah Tajaan dan Transformasi Mahasiswa Yayasan Terengganu (YT), Ustaz Mohd Zaki Mat Yakim.

Program itu merupakan sebahagian daripada komitmen Permata yang bernaung di bawah YT dalam menjaga kebajikan mahasiswa Anak Terengganu yang mengalami kesusahan keluarga atau keperluan pembelajaran.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: