Wednesday, 29 August 2018

Yakin, Percayalah Kemerdekaan Di Dunia Dan Akhirat

SHARE


Foto : Sinar Harian Online


Moga kemerdekaan ini berkekalan dengan suasana harmoni dan disambut dengan penuh kesedaran bahawa ianya merupakan kurniaan Allah SWT yang perlu dijaga, kerana bila bila masa sahaja Allah SWT boleh membolak balikkan suasana dan keadaan, demikian kata Zul Bhari A Rahman.

Menurut Penyelaras Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri itu, menjelang 31 Ogos 2018 negara akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-61 dan hari istimewa itu perlu diraikan dengan penuh keinsafan.

"Untuk itu saya mengucapkan kepada seluruh rakyat negara ini khususnya warga DUN Permaisuri dengan ucapan selamat menyambut hari kemerdekaan,"katanya dalam kenyataan dari laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Zul Bhari berkata, kerana itulah kita semesti dan sewajibnya menyambut hari kemerdekaan ini dengan penuh semangat patriotik cintakan negara dan cintakan keamanan, kedamaian dan keharmonian.

Menurutnya, sambutan itu berasaskan syariat daripada Allah SWT dengan memerdekakan manusia daripada memperhambakan diri kepada sesama manusia kepada memperhambakan diri kepada Allah SWT, mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.

"Memerdekakan manusia daripada kegelapan kehidupan dunia kepada cahaya Islam yang menerangi alam dengan kebenaran.

"Insyaallah dengan konsep dan kesedaran ini kita akan selamat di dunia dan akhirat. Yakin dan percayalah bahawa kemerdekaan yang sebenar adalah apabila kita berjaya di dua negeri iaitu dunia dan akhirat.

"Mudah mudahan kita semua termasuk dalam golongan yang merdeka disisi Allah SWT,"katanya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: