Wednesday, 8 August 2018

Wujudkan Kerja Berpasukan Sejahtera

SHARE

Ghazali Sulaiman bersama ahli jawatankuasa i- MiTS.

Oleh : Adli Mohamad

Ahli Jawatankuasa Institut Modal Insan Sejahtera Terengganu (i- MiTS) diingatkan supaya mewujudkan kerja berpasukan yang sejahtera agar berada dalam suasana yang tenteram dan kondusif serta selesa.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, ianya dapat mewujudkan ‘natijah’ yang akan melahirkan hasil kerja yang efektif dan mantap.

“Gerak kerja pasukan yang sejahtera perlu diwujudkan kerana i-MiTS ialah ejen untuk membawa kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu ke arah mencapai sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera.

“Bagi mencapai kesejahteraan itu, yang paling utama adalah perbetulkan niat di dalam melakukan gerak kerja mengikut peranan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media baru-baru ini (5 Ogos).


Menurutnya, i- MITS merupakan sayap penting di dalam kerajaan malah akan turut mengatur gerak kerja MPKK.

Sementara itu, katanya, tugasan tersebut agak berat dan menuntut pengorbanan yang tinggi kerana bertindak sebagaimana Majlis Tindakan DUN (MTD) berperanan ketika belum menjadi kerajaan negeri.

“Jentera i- MiTS juga diingatkan agar mengurangkan pergeseran di antara ahli sebaliknya jalinkanlah perhubungan yang erat seumpama sebuah keluarga.

"Hadirkanlah juga rasa minat dalam melakukan kerja serta jadikanlah kerja sebagai suatu ibadah.

 “Jika jentera i-MiTS gagal melaksanakan tugas yang diberi, sudah tentu ianya akan menggagalkan hasrat kerajaan negeri dalam mencapai sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera,” ujarnya.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: