Sunday, 26 August 2018

Ustaz Muhammad Khalil Makin Pulih

SHARE

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, kini dalam keadaan kesihatan yang semakin baik dan memberangsangkan selepas mengalami 'slip disc ' (cakera tergelincir).

Pegawai Khas Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhd Khidhir Izaidin dalam satu kenyataan kepada media memberitahu, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk itu juga sudah dibenarkan keluar hospital oleh doktor dan meneruskan proses pemulihan di rumah sahaja sejak semalam.

"Doktor juga menyarankan supaya YB Ustaz Muhammad Khalil untuk berehat.

"Beliau juga perlu mengurangkan aktiviti-aktiviti berat dan menyertai program-program agar proses pemulihan berjalan lancar,"katanya lagi.

Khidir berkata, Ketua Pemuda PAS itu turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan beliau, begitu juga sahabat-sahabat yang sudi hadir menziarahi beliau di hospital.

Tambah beliau, penghargaan juga kepada staf di Hospital Pakar Kuala Terengganu  yang banyak membantu sepanjang beliau di wad pada 24 Ogos lalu.

"Marilah kita terus berdoa agar YB Ketua Pemuda kembali sihat dan segala urusan beliau berjalan dengan lancar agar dapat terus mengemudi Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagaimana yang menjadi harapan ramai pihak," ulas beliau lagi.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: